BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 1, 2010

T!T!aN PeRJaLaNaN........



Pernahkah anda disisikan oleh masyarakat atau orang di sekeliling anda????

Hidup bagaikan roda yang berputar. Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah. Bak kata pepatah "langit tak semestinya cerah", begitulah kehidupan kita di dunia ini. Semua manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Pernahkah anda merasa bahawa diri anda tidak berguna lagi disebabkan sikap segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadap anda??? Mari kita ungkapkan satu per satu apakah yang menyebabkan anda berada dalam keadaan sedemikian.



Prasangka


Manusia diciptakan oleh tuhan adalah lebih baik daripada haiwan kerana manusia mempunyai kelebihan, iaitu dibekalkan akal yang membolehkan mereka berfikir tentang baik dan buruknya sesuatu perkara. Walaupun begitu, kadang-kadang ada juga manusia yang lebih teruk daripada haiwan. Contohnya kes buang anak yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini, sedangkan haiwan memahami erti kasih sayang terhadap zuriatnya apatah lagi kita manusia yang diciptakan dengan berbekalkan akal fikiran. Apabila manusia tidak dapat memelihara kesaksamaan pemikiran serta pengkajiannya sama ada menidakkan atau menyabitkan sesuatu maka nyata ia cenderung kepada dirinya atau kelompoknya yang bersifat sekilas pandang tetapi tidak kepada ukuran sebenar. Perbuatan seperti ini bolehlah diiktibarkan sebagai mengikut kehendak nafsu peribadi semata-mata dan bersandarkan sangkaan yang merupakan salah satu faktor penghinaan dalam berfikir dan seterusnya terbinalah sikap prasangka.


Dalam proses pembelajaran, prasangka dirujuk sebagai satu bentuk pemilihan persepsi yang negatif. Jelasnya, prasangka memberi pengertian seseorang itu memandang serong atau menilai seseorang pada satu rangsangan sahaja tanpa ingin melihat kepada rangsangan yang lain. Misalnya kebanyakkan manusia dalam satu kelompok tidak menyukai kelompok yang lain.


Pada pengertian lain, trait atau tingkah laku peribadi itu tidak memainkan peranan yang penting. Dalam proses pembelajaran, pemilihan persepsi adalah salah satu cara seseorang individu itu menerima atau menolak rangsangan yang lain. Contohnya, dalam satu kelas mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum (melayu, cina, dan india), manakala pensyarah pula berbangsa cina. Dalam keadaan ini terdapat banyak rangsangan seperti perbualan kaum cina dengan bahasa cinanya, kaum india dengan bahasa indianya, penampilan pensyarah dengan pakaiannya, tali lehernya, kasut dan percakapannya yang kurang fasih dalam berbahasa melayu.


Sekiranya kita memilih percakapan pensyarah tentang pelajaran tanpa prejusis dan tentang gaya percakapan, maka kita telah membuat pemilihan persepsi yang baik. Manakala sekiranya kita memilih rangsangan yang lain, membina satu bentuk pendirian awal dalam kerangka fikiran, iaitu pensyarah berbangsa cina itu seorang yang bersifat perkauman kerana gaya percakapan tidak melambangkan beliau seorang warganegara malaysia. Oleh itu, kita telah membuat pemilihan persepsi yang negatif. Secara langsungnya kita telah membentuk sikap prasangka terhadap pensyarah tersebut.



Diskriminasi


Diskriminasi pula merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Allport (1954) menyatakan bahawa diskriminasi adalah penafian terhadap layanan yang sama pada individu-individu atau kelompok-kelompok manusia yang inginkan kesamaan tersebut. Ianya berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks dan boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:


  • Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.
  • Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.

  • Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.



Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity).





0 comments: